Friday, 28 July 2017

TTC & Petua Pemakanan.

Assalamualaikum,

So serba sedikit yang aku nak share dari apa yang aku tahu (berdasarkan research bantuan Encik Google), jom kita kaji apa yang bagus untuk teloq (baca:ovum) kita. Lets!

1) Folic Acid.



Makan sehari sekali tanpa kira masa dan hari.
Bende ni dah kira wajibun ghunnah dah pun for all gigirls yang nak pregnant.
Bila nak kawin je nanti ada makcik makcik, kawan kawan, mak mak (kalau ada ramai mak) akan tanya "JANGAN LUPA MAKAN FOLIC ACID DARI 3 BULAN SEBELUM TAU!"
Tapi sebenarnya folic acid ni penting ya amat tau!
Sebab tu kene consume dari awal hingga tengah pregnant!
Murah je paling koman pun 50 sen sepapan dekat watson.

Kebaikan folic acid:
- Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
- Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia). 
- Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
- Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi: Sumbing lelangit (cleft palate) ,Kecacatan pada jantung (congenital heart disease), Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction), Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)


2) Produk Himalaya : Shatavari/Speman. (SPONSOR ME PLEASE ENCIK HIMALAYA!)


Macam yang korang boleh tengok previous post, mmg bagus amik ni as korang punya supplement.
Maybe korang akan gatal lebih sikit.
Which is a good thing dari takda mood langsung kan?
Sbb apa korang gatal merenyam?
Sbb produk ni dari pure herbs from India punya. Acacah jamu lah!
So dont worry to consume dua kali sehari okay?

Shatavari :
- Imbangi hormon wanita
- Menyuburkan teloq
- Mematangkan teloq
- Membersihkan darah dan organ pembiakan teloq
- Support your VA JAY JAY punya organ dan
- Membekalkan susu untuk wanita yang menyusukan baby

Speman (aku kopipes je eh boleh?):
-  Meningkatkan spermatogenesis: Bahan-bahan semulajadi dalam Speman menggalakkan spermatogenesis (proses pembentukan sperma) dengan meningkatkan tahap testosteron pada lelaki yang terlibat dengan oligospermia (air mani dengan kepekatan rendah sperma). Ia juga meningkatkan jumlah sperma dan kualiti air mani dengan meningkatkan sel-sel basophil LH-FSH menghasilkan dalam pituitari.
- Meningkatkan prestasi seksual: Dadah meningkatkan keinginan seks dan mengekalkan ereksi zakar. Ia juga mengandungi herba yang mempunyai ciri-ciri afrodisiak berkesan, yang membantu dalam kelemahan mani. (yang ni aku kabo boleh buat korang gatal ni)
- Antioksidan: Speman mempunyai sifat antioksidan yang kuat, yang mengurangkan kerosakan oksidatif kepada sperma dengan mencegah gangguan dalam spermatozoa (sel sperma yg dpt mengubah) integriti membran.

3) Buah Kiwi.


Aku baru tau ni.
Nasib baik aku ni memang rajin makan buah kiwi hijau almost everyday (kiwi oren manis wei tapi mahal sikit. So aku abaikan je la ye dok).
Buah kiwi ni kaya dengan Vitamin C yang boleh lancarkan menses you ols adn meningkatkan fungsi teloq so ovulation tu jadi lagi elok pada hari yang afdol. 
Maksudnya takdelah dia tak ready ready lagi kan lepastu lambat pulak ovulate.
Tapi ni tak bermakna engko sumbat Kiwi selonggok satu hari, esok terus ovulate ye. hihihi

Lelaki pun kene makan jugak! Jangan nak ngelat!
Kiwi ni untuk lelaki boleh protect berudu (baca:sperma) dari kerosakan radikal bebas (aku tak paham, aku google je ni kikiki). 
Maksud simple dia adalah bg berudu tu berkualiti dan boleh berenang mencari sang teloq.

Setiap hari bekerja, aku biasa makan seketul sorang laki bini.
Kalau tengah akhir bulan seketul share dua orang. (DONT JUDGE ME OK IM NOT RICH OK).
Tapi kalau nak murah, kena rajin usha MBG.
Dia ada masa buat promo 12 Biji Kiwi Hijo = RM 10 LIKE WHUTT SO CHEAPP tp jarang lah...

4) Teloq Ayam Kampung.


Afdhol kalau teloq ayam kampung sebab fresh from oven (baca:pungkoq ayam) gittew!
Kalau biasa kat Giant tu pun okay.
Buat teloq separuh masak, makan pagi pagi.

5) Buah Zuriat (Doum).

Image result for buah zuriat untuk kesuburan
Sumber curik : http://www.buahatiku.com/buah-zuriat-doum-solusi-bagi-yang-ingin-cepat-hamil/

Okay ni tak try lagi.
Tak tau mana nak dapat selain dekat Mekah/Madinah tapi diorang kata dekat kedai Mahnaz Food ado.
Keras buah ni. Kene kopak kopakkan dia macam kelapa.
Rebus biji dia sampai air tenggelamkan buah zuriat ni.
Biar rebus sampai air separuh dan minum air dia sehari segelas.
Jangan lupa selawat dan bagitau niat dalam hati.
Selagi warna tak jernih, boleh guna.
Tapi jangan taksub sangat tau.
Maksud aku, jangan ingat minum benda ni terus boleh pregnant!
Ini usaha je. petua orang kata. Apa apa pun kita berserah dekat Tuhan, okay?

Sebenarnya banyak lagi petua yang ada. tapi ni Top 5 la yang aku pilih.
Selain dari tu, jangan lupa sentiasa berdoa dekat Tuhan, solat hajat.
Check jugak dengan Gynae untuk check tahap kesuburan kita if kita ada masalah apa apa ke kan.
Usaha & tawakal okay girls!

*Secara jujurnya sbb apa aku kasi 5 je, sbb nak lunch time ni WAHAHAHHAA kbai!




Wednesday, 26 July 2017

Gynae, Pap Smear & TTC.


Salam you ols.

So as ape yang aku dah bagitau before,
Macam macam aku buat and boleh dikatakan dalam masa 3 bulan, almost 2k jugak habis asik pergi gynae.
Nak buat macammana kan? Kena la usaha ye dok? hehe

Kenapa aku nak pi gynae tiba tiba?
- Irregular period = Dua kali sebulan. Tiga kali sebulan. Sebulan tak datang datang pun pernah! Penat satu hal, bazir beli pad satu hal.
- Tak pregnant lagi = sakit hati bila makcik pakcik perli anak diorang yang beberapa minggu lepas kau nikah, dah pregnant
- Positive/Negative UPT =  tiba tiba fade dan terus negative. Masa period lepas negative ni, sakit Ya Rabbi! Tak boleh bangun, tak boleh duduk, tak boleh pakai seluar getah pun! padehal baru nak sebulan. Itupun baru nak menjadi. Seksanyaaaa Allah je tahu!

Mula mula pergi check dekat Klinik Ajwa, Seksyen 7.
Berjanggut weh tunggu. Tapi ku gagahkan jua.
Check UPT - positif! tapi fade lah. Doc tu pun tak berani nak jamin.
Pergi scan pulak. kabur. Still tak berani jamin. K.

Lepas tiga empat kali ulang alik Klinik Ajwa, aku decide nak try Hospital Umra, Shah Alam.

Dia explain very detail. Siap lukis lukis.
Dia siap boleh bagitau "okay habis dah 7 tahun saya belajar dalam satu kertas!"
Berdekah jugak lah masatu!

Scan, tak nampak. terus dia suruh panggil doc pompuan utk check guna Transvaginal Scan.
Gelabah betul aku time tu.
Dalam otak dah pk aku ada sakit ape? Baru nampak ke? Takleh pregnant ke? Laki aku kene kawin lagi satu ke????  (serious aku pk gini k)



Doc perempuan buat Pap Smear dulu.
Dia masukkan alat dia tu, senak wei. Tak sakit, tapi senak!
Dia calit utk amik sample. And akan bg result lg beberapa hari. (Result semua okay. Syukur)



Lepastu Transvaginal Scan timeee! Dia masuk je, kurang la senak tapi masa dia toleh nak tengok kilang telur kita kiri kanan tu, tahan napas jugak la cite dia kikiki
Alhamdulilah semua okay.

Dia suggest utk amik Pil Perancang untuk stabilkan period.
Pil Perancang = No pregnant = No period = NO WAY
So aku pun decide utk melantakkan semua dan redo seadannya.



Tiba tiba period lagi. Okay lah last. Pergi Klinik Ajwa.
Scan, doc tu kata "awak retroverted uterus ni".
Retroverted tu rahim terbalik/senget/kebelakang sikit.
No problem untuk pregnant tapi susah sikit sbb jauh.

Aku pun pergi berurut (orang panggil sengkak rahim).
Lepas urut, selang beberapa hari, ngam ngam appointment untuk Hospital Shah Alam pulak. (dah datang utk set time buat appointment dua bulan sebelum).
Aku explain semuanya. Lagi lagi part Retroverted Uterus.

Bila scan, Alhamdulillah.
Dah straight. senget pun sikit je. takde effect pape.
Doc pun cakap "hormon awak ni je buat awak irregular period".

Tamatlah sesi menghabiskan duit dan aku cuba telan produk Himalaya (Shatavari) untuk tengok cemana pergi dia.

Oh ya, kalau sesiapa nak pergi Hospital Gov untuk checkup (habis RM30 je utk register okayyy!), kena ada reference letter dari Klinik yang engkorang pergi dulu tu.
Bila dah ada, pergi Hospital Gov yang korang pilih and set appointment. Aku punya amik masa dua bulan jugak lah. Tapi worth it lah kan RM30? kikiki

*Secara purata kalau pi klinik swasta, kau scan perut = RM150 - 280 (tak termasuk ubat). Untuk engkorang yang UPT fade je manjang, pergi je BP Lab (BP HealthCare group) dekat glenmarie untuk buat test pregnancy dari darah or diorang panggil Beta HCG. satu hari je result  dapat melalui email. Support dia bagus gila! RM36 je okayyy! nak baca result cemana? Next time aku cerita, boleh?

Tuesday, 25 July 2017

Shatavari, Speman, & Kapikachhu



Post yang ketiga hari ini.

Siapa pernah cuba produk Himalaya Shatavari (untuk perempuan), Speman or Kapikachhu (untuk lelaki)?

Harini genap hari ke-20 aku consume Shatavari. 

Masalah aku?
Mulut celaka makcik pakcik yang sebok nak suruh berlumba dengan anak anak dia yang nikah selang beberapa minggu.
Aku mula triggered bila aku tak ada rezeki lagi untuk ada seketui manusia dalam perut dan relative aku yang nikah dua bulan lepastu dah pregnant terus.
Alhamdulillah, untuk dia.

Untuk aku?
Habis banyak duit untuk check itu ini dekat Klinik Gynae.
Takde masalah melainkan period aku yang tak teratur. Aku pun tak paham ape yang period aku nak.
Bila check, katanya hormon ni mainan minda je. K.

Harini jugak lah aku ada spotting. Sedih betul!
Takpelah. Boleh lagi bermanja manja dengan suami (sedapkan hati).

Eh, tapi betul eh! Kawan aku kawin, terus lekat! Rezeki dia.
Sebok dok ejek ejek aku "honeymoon everymonth pun tak menjadi ke?"
Aku sambil menyumpah aku reply balik "Alah, terus jadi pun sampai sekarang takde honeymoon kan korang? Terperap kat rumah buat apa? Dah ada anak nanti, dah takda dah berdua!"
Senyap terus hengkooooo!

Macam celaka kan mulut aku?
Tak tahan dengan orang mulut macamtu. Sorry but not sorry.
Rezeki masing masing. Kau, kau. Aku, aku.

Untuk laki, nak kasi dia telan Speman, habis pulak.
Masalah betullah Himalaya ni. Engko nak jual ke tak?
So, kasi lah Kapikachhu.

Kapikachu ni meningkatkan sperm count. Speman ni pun sama.
Tapi dengar cerita, Speman lagi power. Double kan terus quantity and quality!

Cara nak consume?

Untuk Shatavari, telan satu bijik satu hari pagi dan satu bijik lagi malam. Semuanya lepas makan okay? Afdhol kalau korang consume dari 1st day period korang macam air terjun tu sampai lah dah DPO1. Makan hari hari pun takpa.

DPO1 = sehari selepas subur / bila OPK dah negative atau fade selepas dia positive (peak).

Untuk Speman/Kapikachhu, telan satu bijik satu hari pagi dan satu bijik lagi malam. Semuanya lepas makan jugak. Makan lah hari hari, insyaAllah. Membantu. Tapi jaga jaga, korang di Zon rimau bila consume supplement ni. hehehehe

Bulan ni since aku BD selang sehari (kadang kadang hari hari luls), so aku tak mengharapkan OPK.
Aku lebih mengharapkan CM untuk tentukan aku tengah subur ke tak.
Yang konghaja nya, aku tak sempat pun nak subur lagi rasanya.
So minggu lepas, aku pun terus check OPK yang aku beli dekat lazada.
Seminggu aku celop, seminggu nampak macam positif. 
Hampeh! Baik beli online se-strip RM1.
Nampak jugak beza dia time negative/positive.

FYI, subur kita hanya 24 jam sahaja bersamaan satu hari.
Kalau dapat positive OPK lapan tahun tu bukan bermakna engko tengah subur lapan tahun ya tuan tuan puan puan.

Untuk yang nak beli produk Himalaya ni, boleh beli online dekat Lazada. Ataupun branch Himalaya yang hado. Setia City Mall hado, IOI Mall Puchong hado, IOI Mall Putrajaya pun hado!

*Ada yang pernah consume sebulan terus dapat rezeki tak? Kasi testimoni sikit!


Sebab aku perempuan.



Aku seorang perempuan.

Biasala, kalau perempuan ni, mana pernah puas kan?
Semua bermula dengan gambar.

Kau tengok instagram, tekan explore. Eh siallah perempuan ni, cantik betul!
Kau bukak profile dia, satu demi satu kau perati.
Kagum! Tuhan kurnikan seseorang yang cantik dipandangan kau.


Lama lama kau toleh dekat diri sendiri.
Apa kurang nya aku?


Kenapa aku tak cerah macam dia? -- lepastu terus kau beli macam macam untuk putihkan kulit. Masani, paling popular, serbuk macam AuraWhite tu. Tak jadi, kau berani kan diri pergi cucuk vitamin C. (bila aku congak, beribu jugak aku habis kan duit PTPTN aku tu. bodoh betul!)

Kenapa aku kurus, tapi tak solid macam dia? -- aku 44kg (dulu). Bila aku makan lebih, aku boroi. tapi still nampak macam kering. tangan aku macam tulang skeleton. Tengok je jari, kaku. Aku naikkan berat badan. Hambik, 50. Sampai sekarang. Dah berisi! Suka! Tapi kenapa masih boroi? Kenapa masih tulang tangan aku? Kenapa aku masih "32"? Orang lain perut kurus pun "36". (Assalamualaikum hormon, tengah tido lagi ke tu?)


Rambut dia lebatnya! -- lepas kejadian makan ajinamoto megi goreng R&R, gugur. nipis. Rambut yang setebal hutan, jadi seluas sungai. Sungai yang jalan dia kejap ada kejap takda. Lama lama, aku fikir, fuck it! No one likes you anyway.

Makin lama kau perati perempuan. Makin kau tengok diri sendiri. Makin kau jelik.
Bukan kata tak bersyukur.
Tapi, entahlah.
Makin lama aku tenung, makin lama aku rasa sebak. Nangis. Hilang mood satu hari!

Balik rumah, jumpa laki.
Laki tanya "kenapa?"
Aku simpan. Tapi dia tau.
Dia usap rambut aku. Ah sudah! Zon lemah!
Aku lepas semua.
Basah dada dia dengan air mata aku.

Dia kata "orang luar tu dan biarkan dia diluar. Apa apa pun yang aku nampak cantik, manis, tu semuanya dekat kau".

Lega.
Tapi kejap je.
Sebab benda ni akan aku ulang-ulang-ulang-ulang sampai bila bila.

Persoalannya, betul ke?
Aku taknak buat untuk mata orang.
Semua aku buat untuk mata kau.

Lagi sekali aku nak tanya.

Am I good enough?
Am I good enough for you?

*Kejap. Ni aku je rasa atau semua perempuan memang suka stalk perempuan cantik lain lepastu nangis sbb tak puas dengan diri sendiri eh?


Pertama.

Image result for coffee photography\

Assalamualaikum.

Janggal.

Dah lebih 5 tahun tinggalkan blog.
Sebelum ni gunakan media blog untuk luahan.
Tak tahu siapa pembaca. Tak tahu siapa yang kisah. Tapi, tulah. Puas!

Aku delete semua lepas aku ada tempat luahan baru.
Bila aku dah berani nak bercakap. Bila aku dah berani angkat phone. Bila aku dah berani nak berjalan sendiri. Dan bila aku dah berani nak bagi pendapat.
Delete everything lebih lima tahun lalu dan sekarang, start balik semua yang baru.

Bukan tak ada tempat luahan dah!
Alhamdulillah dah ada suami jadi tempat luahan siang malam pagi petang.
Tapi tulah. Taknak susahkan dia bila aku mengadu benda yang sama. Benda yang dah lali.

Kan?

Pengalaman Bersalin di Hospital Serdang

Assalamualaikum, Al kisah dah 40 weeks pun baby takmo kua walaupun 36w dia dag engaged (dah parking) Dah berjalan sampai ke genting, hari...