Friday, 28 July 2017

TTC & Petua Pemakanan.

Assalamualaikum,

So serba sedikit yang aku nak share dari apa yang aku tahu (berdasarkan research bantuan Encik Google), jom kita kaji apa yang bagus untuk teloq (baca:ovum) kita. Lets!

1) Folic Acid.



Makan sehari sekali tanpa kira masa dan hari.
Bende ni dah kira wajibun ghunnah dah pun for all gigirls yang nak pregnant.
Bila nak kawin je nanti ada makcik makcik, kawan kawan, mak mak (kalau ada ramai mak) akan tanya "JANGAN LUPA MAKAN FOLIC ACID DARI 3 BULAN SEBELUM TAU!"
Tapi sebenarnya folic acid ni penting ya amat tau!
Sebab tu kene consume dari awal hingga tengah pregnant!
Murah je paling koman pun 50 sen sepapan dekat watson.

Kebaikan folic acid:
- Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
- Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia). 
- Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
- Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi: Sumbing lelangit (cleft palate) ,Kecacatan pada jantung (congenital heart disease), Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction), Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)


2) Produk Himalaya : Shatavari/Speman. (SPONSOR ME PLEASE ENCIK HIMALAYA!)


Macam yang korang boleh tengok previous post, mmg bagus amik ni as korang punya supplement.
Maybe korang akan gatal lebih sikit.
Which is a good thing dari takda mood langsung kan?
Sbb apa korang gatal merenyam?
Sbb produk ni dari pure herbs from India punya. Acacah jamu lah!
So dont worry to consume dua kali sehari okay?

Shatavari :
- Imbangi hormon wanita
- Menyuburkan teloq
- Mematangkan teloq
- Membersihkan darah dan organ pembiakan teloq
- Support your VA JAY JAY punya organ dan
- Membekalkan susu untuk wanita yang menyusukan baby

Speman (aku kopipes je eh boleh?):
-  Meningkatkan spermatogenesis: Bahan-bahan semulajadi dalam Speman menggalakkan spermatogenesis (proses pembentukan sperma) dengan meningkatkan tahap testosteron pada lelaki yang terlibat dengan oligospermia (air mani dengan kepekatan rendah sperma). Ia juga meningkatkan jumlah sperma dan kualiti air mani dengan meningkatkan sel-sel basophil LH-FSH menghasilkan dalam pituitari.
- Meningkatkan prestasi seksual: Dadah meningkatkan keinginan seks dan mengekalkan ereksi zakar. Ia juga mengandungi herba yang mempunyai ciri-ciri afrodisiak berkesan, yang membantu dalam kelemahan mani. (yang ni aku kabo boleh buat korang gatal ni)
- Antioksidan: Speman mempunyai sifat antioksidan yang kuat, yang mengurangkan kerosakan oksidatif kepada sperma dengan mencegah gangguan dalam spermatozoa (sel sperma yg dpt mengubah) integriti membran.

3) Buah Kiwi.


Aku baru tau ni.
Nasib baik aku ni memang rajin makan buah kiwi hijau almost everyday (kiwi oren manis wei tapi mahal sikit. So aku abaikan je la ye dok).
Buah kiwi ni kaya dengan Vitamin C yang boleh lancarkan menses you ols adn meningkatkan fungsi teloq so ovulation tu jadi lagi elok pada hari yang afdol. 
Maksudnya takdelah dia tak ready ready lagi kan lepastu lambat pulak ovulate.
Tapi ni tak bermakna engko sumbat Kiwi selonggok satu hari, esok terus ovulate ye. hihihi

Lelaki pun kene makan jugak! Jangan nak ngelat!
Kiwi ni untuk lelaki boleh protect berudu (baca:sperma) dari kerosakan radikal bebas (aku tak paham, aku google je ni kikiki). 
Maksud simple dia adalah bg berudu tu berkualiti dan boleh berenang mencari sang teloq.

Setiap hari bekerja, aku biasa makan seketul sorang laki bini.
Kalau tengah akhir bulan seketul share dua orang. (DONT JUDGE ME OK IM NOT RICH OK).
Tapi kalau nak murah, kena rajin usha MBG.
Dia ada masa buat promo 12 Biji Kiwi Hijo = RM 10 LIKE WHUTT SO CHEAPP tp jarang lah...

4) Teloq Ayam Kampung.


Afdhol kalau teloq ayam kampung sebab fresh from oven (baca:pungkoq ayam) gittew!
Kalau biasa kat Giant tu pun okay.
Buat teloq separuh masak, makan pagi pagi.

5) Buah Zuriat (Doum).

Image result for buah zuriat untuk kesuburan
Sumber curik : http://www.buahatiku.com/buah-zuriat-doum-solusi-bagi-yang-ingin-cepat-hamil/

Okay ni tak try lagi.
Tak tau mana nak dapat selain dekat Mekah/Madinah tapi diorang kata dekat kedai Mahnaz Food ado.
Keras buah ni. Kene kopak kopakkan dia macam kelapa.
Rebus biji dia sampai air tenggelamkan buah zuriat ni.
Biar rebus sampai air separuh dan minum air dia sehari segelas.
Jangan lupa selawat dan bagitau niat dalam hati.
Selagi warna tak jernih, boleh guna.
Tapi jangan taksub sangat tau.
Maksud aku, jangan ingat minum benda ni terus boleh pregnant!
Ini usaha je. petua orang kata. Apa apa pun kita berserah dekat Tuhan, okay?

Sebenarnya banyak lagi petua yang ada. tapi ni Top 5 la yang aku pilih.
Selain dari tu, jangan lupa sentiasa berdoa dekat Tuhan, solat hajat.
Check jugak dengan Gynae untuk check tahap kesuburan kita if kita ada masalah apa apa ke kan.
Usaha & tawakal okay girls!

*Secara jujurnya sbb apa aku kasi 5 je, sbb nak lunch time ni WAHAHAHHAA kbai!




No comments:

Post a Comment

Pengalaman Bersalin di Hospital Serdang

Assalamualaikum, Al kisah dah 40 weeks pun baby takmo kua walaupun 36w dia dag engaged (dah parking) Dah berjalan sampai ke genting, hari...