Tuesday, 25 July 2017
Shatavari, Speman, & Kapikachhu
Post yang ketiga hari ini.
Siapa pernah cuba produk Himalaya Shatavari (untuk perempuan), Speman or Kapikachhu (untuk lelaki)?
Harini genap hari ke-20 aku consume Shatavari.
Masalah aku?
Mulut celaka makcik pakcik yang sebok nak suruh berlumba dengan anak anak dia yang nikah selang beberapa minggu.
Aku mula triggered bila aku tak ada rezeki lagi untuk ada seketui manusia dalam perut dan relative aku yang nikah dua bulan lepastu dah pregnant terus.
Alhamdulillah, untuk dia.
Untuk aku?
Habis banyak duit untuk check itu ini dekat Klinik Gynae.
Takde masalah melainkan period aku yang tak teratur. Aku pun tak paham ape yang period aku nak.
Bila check, katanya hormon ni mainan minda je. K.
Harini jugak lah aku ada spotting. Sedih betul!
Takpelah. Boleh lagi bermanja manja dengan suami (sedapkan hati).
Eh, tapi betul eh! Kawan aku kawin, terus lekat! Rezeki dia.
Sebok dok ejek ejek aku "honeymoon everymonth pun tak menjadi ke?"
Aku sambil menyumpah aku reply balik "Alah, terus jadi pun sampai sekarang takde honeymoon kan korang? Terperap kat rumah buat apa? Dah ada anak nanti, dah takda dah berdua!"
Senyap terus hengkooooo!
Macam celaka kan mulut aku?
Tak tahan dengan orang mulut macamtu. Sorry but not sorry.
Rezeki masing masing. Kau, kau. Aku, aku.
Untuk laki, nak kasi dia telan Speman, habis pulak.
Masalah betullah Himalaya ni. Engko nak jual ke tak?
So, kasi lah Kapikachhu.
Kapikachu ni meningkatkan sperm count. Speman ni pun sama.
Tapi dengar cerita, Speman lagi power. Double kan terus quantity and quality!
Cara nak consume?
Untuk Shatavari, telan satu bijik satu hari pagi dan satu bijik lagi malam. Semuanya lepas makan okay? Afdhol kalau korang consume dari 1st day period korang macam air terjun tu sampai lah dah DPO1. Makan hari hari pun takpa.
DPO1 = sehari selepas subur / bila OPK dah negative atau fade selepas dia positive (peak).
Untuk Speman/Kapikachhu, telan satu bijik satu hari pagi dan satu bijik lagi malam. Semuanya lepas makan jugak. Makan lah hari hari, insyaAllah. Membantu. Tapi jaga jaga, korang di Zon rimau bila consume supplement ni. hehehehe
Bulan ni since aku BD selang sehari (kadang kadang hari hari luls), so aku tak mengharapkan OPK.
Aku lebih mengharapkan CM untuk tentukan aku tengah subur ke tak.
Yang konghaja nya, aku tak sempat pun nak subur lagi rasanya.
So minggu lepas, aku pun terus check OPK yang aku beli dekat lazada.
Seminggu aku celop, seminggu nampak macam positif.
Hampeh! Baik beli online se-strip RM1.
Nampak jugak beza dia time negative/positive.
FYI, subur kita hanya 24 jam sahaja bersamaan satu hari.
Kalau dapat positive OPK lapan tahun tu bukan bermakna engko tengah subur lapan tahun ya tuan tuan puan puan.
Untuk yang nak beli produk Himalaya ni, boleh beli online dekat Lazada. Ataupun branch Himalaya yang hado. Setia City Mall hado, IOI Mall Puchong hado, IOI Mall Putrajaya pun hado!
*Ada yang pernah consume sebulan terus dapat rezeki tak? Kasi testimoni sikit!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pengalaman Bersalin di Hospital Serdang
Assalamualaikum, Al kisah dah 40 weeks pun baby takmo kua walaupun 36w dia dag engaged (dah parking) Dah berjalan sampai ke genting, hari...
-
Post yang ketiga hari ini. Siapa pernah cuba produk Himalaya Shatavari (untuk perempuan), Speman or Kapikachhu (untuk lelaki)? Harini ...
-
Assalamulaikum! Lama betul aku tangguhkan post ni kan? kaakaka Busy + malas dia dah start dah. Penyakit biasa bila dah start berblo...
-
Assalamualaikum, Al kisah dah 40 weeks pun baby takmo kua walaupun 36w dia dag engaged (dah parking) Dah berjalan sampai ke genting, hari...
Saya adam menjual pelbagai produk himalaya trmasuk kapikacu shitavari dll. Blh ke website www.shopee.com.my page kids&lady shop atau Zamjinggo85
ReplyDeleteHai..
DeleteSya nk tya bnyk perbzaan pd kapikachhu
Boleh wasap 0107903079
ReplyDeleteHi.. Saya consume shatavari hanya sebulan.. Alhamdulillah lps tu da lekat.. Now anak da umur 2 thn 7 bulan
ReplyDeleteHi. Salam.. Boleh tnye cara consume mcm mana sbb keliru lah dkt staff dkt himalaya store ni ckp periof x boleh consume... Tpi ada bce first day period kne consume smpai opk positive
DeleteHi. Salam.. Boleh tnye cara consume mcm mana sbb keliru lah dkt staff dkt himalaya store ni ckp periof x boleh consume... Tpi ada bce first day period kne consume smpai opk positive
ReplyDeletesaya pun dapat info ni tak silap dari staff diorang jugak hahaha. tapi ada jugak rujuk group TTC. maybe cuba double check dgn staff outlet lain tau
DeleteSalam. Hi nak tanya, kalau nak consume apa² suppliment kena pergi berjumpa doctor dulu ke? Terima kasih
ReplyDeleteits better for your to consult with doctor first. safe way hehe
DeleteKenapa xda blasan pun dri owner blog nie?
ReplyDeleteSorry lama tak bukak blog busy dgn kerja! hehehe
Deletebetul tu. ayat Surah Nuh sampai bersalin saya ikhtihar. insyaallah dipermudahkan amin!
ReplyDeleteBoleh consume time period dan tak period ke?
ReplyDeleteBoleh consume time period dan tak period ke?
ReplyDeleteBoleh consume time period dan tak period ke?
ReplyDeleteBoleh consume time period dan tak period ke?
ReplyDeleteBoleh makan time period dan tak period ke?
ReplyDeleteBoleh makan time period dan tak period ke?
ReplyDeleteya boleh. makan hari hari macam makan acid folic.
DeleteHi, saya ada soalan. Staff himlaya suruh saya consume Kapikachhu for women. Boleh ken?
ReplyDelete