Tuesday 14 November 2017

Dr Hamid Arshat : 1st Appointment

Assalamualaikum,


Lepas 3 bulan menunggu,
Alhamdulillah, dapat jumpa Dr Suraya dekat Klinik Dr Hamid Arshat!!!

MACAM MANA NAK SET APPOINTMENT?
Call : 03 777 33411 / 777 32911 or walk in
Operation Hours : 8AM - 4 PM
Lunch Hour : 1PM - 2PM

DEKAT MANA KLINIK DR NI?
Untuk makluman korang, klinik ni dah ada dekat  Bukit Jalil tau! bukan Damansara lagi dah.

Kompleks YJN (Yayasan Jabal Nur),
Klinik Dr. Hamid Arshat,
Kompleks YJN,
No 1, Jalan Jalil Perwira 2,
Bukit Jalil, 58200 KL.

kalau waze tu, make sure ke Bukit Jalil tau. kang jauh menyimpang pulak
Klinik ni ada dekat belakang hotel tu.
Dalam hotel tapi kene lalu sebelah kiri belakang hotel ada laluan masuk.

2/11/2017 2PM

Datang dgn my abe around 1.30 pm.
Masatu weekdays so expect still ramai gila.
 Alhamdulillah, masa datang tu, ktrg je ada.
Sunyi sepi, angin bertiupan, ombak bergelora, burung berkicauan gittewwww KAKAKAKA

Rupanya sbb tgh lunch break!
Dalam pukul 2 baru datang dua couple.
Macam biasa, borak borak dulu and akak sorang ni (dia gelarkan dia makcik tapi aku tetap panggil dia akak lol), bg nasihat semua.
Tapi masalahnya, banyak tak faham so aku anggukkan je and tak ingat apa apa pun. Maap kakkk!

Dah bukak pintu registration, kita letak IC kita and husband dalam bekas yang disediakan.
Then duduk luar balik tunggu sampai dia panggil.
Bila dah panggil dia akan suruh isi borang maklumat diri & interview.

Interview biasa biasa je jangan cuak sampai bawak resume pulak!
- Bila last period
- Sakit tak semasa bersama
- Ada masalah tak semasa bersama
- Sakit di bahagian rahim or mana mana tak
- dll

Dah jawap, tunggu kat pintu NO 10 kot.
Nama kena panggil, terus buat TRANSVAGINAL SCAN.
Yang seronok nya, husband boleh tgk sekali and doc akan terangkan kat kami dua.

Dr tengok kejap je lepastu terus Dr tu detect and cakap :
 
'you ada PCOS ni, takpe nanti kita discuss tau kejap lagi'

 Kita tau cyst, fibroid. PCOS ni baru tau.




Doc terangkan jelas gilaaa!
Dah la lemah lembut, baik pulak tu. Aish!
So basically PCOS ni ovum/tolo (baca:telur) kita yang ada banyak sampai tak boleh matang sebab tak muat/too crowded or tak cukup kuat utk matang.





Since period pun dah start stable.
Alhamdulillah dah tak macam 2 bulan lepas dan sebelumnya.
2 x Sebulan. Habis duit aku dekat pad je.
Sekarang, dah boleh habis duit dekat askem mekdi hersey's tu umm dappppp

Tung tang tung tang
Aku pun suh husband aku balik sambung keje sbb Doc cakap next appointment lah buat Sperm Count.
Al maklumlah, dah tau punca kan. hahaha!

Sperm count ni elok untuk kira berapa banyak sperm husband and kualiti dia.
Nanti dia bagi bekas sample, since kita ni dah dekat hotel, husband engko akan g uhuk uhuk kat hotel untuk menghasilkan apa apa yang patut dihasilkan (get it? get it?).

Dr Suraya suggest untuk amik pil perancang sebulan setengah utk stablekan period and bagi ubat apa ntah. Lupa la, sorry :(

Pergi pintu amik ubat, Doc lain(tak ingat nama you Dr, sorry tauu) datang and suggest :-
1) Takyah pil perancang since period getting better
2) Norculat (turunkan habis darah rasanya)
3) Fish Oil (helps to treat PCOS)
4) Folic Acid (aku mintak sbb stock habis)
5) HSG (ubat utk get ready HSG next cycle)






TOTAL COST : RM295


And for me, this is NOT BAD AT ALL!

Sebab before ni pergi klinik swasta (refer previous post), check itu sikit, dah RM200.
Suh datang lagi next week, kene lagi RM200.
Tapi apa pun tarak. (or memang time tu dalaman aku yang takmo kerjasama, idk.)

APA TU HSG?

HSG ni dia masukkan satu fluid and akan xray rahim korang.
Fluid tu akan penuh kan rahim and check sama ada tube tersumbat ke, ape ke.
Kebaikan HSG ni jugak boleh meningkatkan peluang untuk pregnant sebab fluid tu akan bersihkan apa apa sisa yang ada kat dinding rahim ke apa mcmtula.

Macam macam review ada.
Ada kata sakit sangat sampai dua tiga hari takleh diri
Ada kata sakit masa tengah buat tu je
Ada kata sakit kejap je lepas tu tak rasa apa

Aku? We'll seeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee (nangis)

So apa nak buat next step?

1) Tunggu CD1 (period pertama),
2) Then, call DAYA X-RAY CENTRE SDN BHD,
3) Set appointment utk HSG (normally CD8/9 : bersih dari period)
4) Call Klinik Dr Hamid kata, kita dah buat appointment utk HSG (diorang akan review result)
5) Makan ubat as recommended by Klinik Dr Hamid before datang buat HSG


NEXT APPOINTMENT
DAYA X-RAY CENTRE SDN BHD
22/11/2017
8.30 AM


*WISH ME LUCK!

Pengalaman Bersalin di Hospital Serdang

Assalamualaikum, Al kisah dah 40 weeks pun baby takmo kua walaupun 36w dia dag engaged (dah parking) Dah berjalan sampai ke genting, hari...