Monday, 30 July 2018

Amalan/Petua Before Disahkan Mengandung

Assalamualaikum!

Lama terkubur blog ni (tepis tepis sawang)
Alhamdulillah pada 30/7/2018, kandungan dah 31w6d
Tapi takmo cite pasal baby kalini.
Kita cerita pasal apa yang aku consume/buat/amalkan/usahakan untuk pregnant!

Okay meh aku cerita masalah aku dulu.
Masalah yang aku hadap sebelum pergi jumpa Dr Hamid Arshat :
1) Period 2x sebulan (BAZIR PAD WEI)
2) Period sukati nak kua bila tapi yang pasti, lepas 2 minggu, kua lagi. Macam perempuan la period ni. komplikated beteiii!

Tbh, memang macam macam yang aku buat, kita kene guna konsep tawakal
Tawakal = berusaha bersungguh sungguh lepastu redho/berserah diri dgn ketentuanNya. (nampak tak subject tawwasur aku A?)

1) Berurut.



Berurut ni aku pergi dua kali (satu badan) dengan akak ni gelaran dia Che Ta (Shah Alam/Bukit Raja Area).
Boleh request kalau nak suruh dia datang rumah.
Dia bagi sekali dengan jus yang dia jual. Yang ni aku beli sebotol je.

1st time berurut, YA ALLAH SEDAP GILA WEIIIII
Dalam banyak banyak tukang urut yang aku berurut tak kisah lah spa murah ke mahal ke mobilespa ke kenal kat ig ke, yang ni THE BEST.
Sesuai lah dengan aku.
Tak sakit sangat. Masa dia urut tu, sakit dia sakit sedap.
Taktau nak explain tapi sedaplah!
Kalau tukang urut lain, dia sakit en pastu lepas urut baru rasa sedap sikit. sikit je la.
Bila dia nak habis urut, aku harap sangat dia tak benti :'(

Che Ta ni dia boleh detect masalah rahim kita or badan kita. InsyaAllah
And dia akan share lah masalah tu and bagi tips. Tu aku suka.
Dia siap detect aku ada gastric tp sikit je. (mmg pun aku baru first time kene kat opis aritu)

2nd time berurut, aku urut time subur (ni mmg dia suggest)
Dia urut tak kira masa tau. Selalunya mmg sejam lebih.
Dia sambil berurut sambil berzikir. sejuk hati dengar hehe

2) Air Daun Dukung Anak

Related image

Daun dukung anak ni macam semalu tapi belakang dia ada bijik2
Air rebusan ni everytime aku balik umah mama (2 minggu sekali), dia akan rebuskan sesiap.
Bagi aku minum.
Daun ni senang je jumpa!
Kat tepi tepi bunga ke, tepi jalan ke. Tapi tak digalakkan lah amik tepi jalannnn tauuu.
Kot kot anjinkkk dah kencing ke ape ke.

Cara dia :-
- Letak daun dukung anak dalam periuk dgn air yg banyak (agak agaklah aku pun taktau nak ckp cane sbb bukan aku buat kakakaka)
- Biar rebus sampai air dia jadi separuh dari air rebusan awal
- Selawat, baca niat, minum & tawakal. 

Simple kan?
Rasa dia macam air kosong payau sikit.
Kalau takleh minum, TAKYAH MINUM LAH HEKELEHH NAK USAHA TP NAK AIR SESEDAP TAK DAPAT LAH kbye

3) Buah Kiwi

Related image

Rasa mcm dah pernah cerita before ni hehe
Kiwi ni aku amik yang kiwi hijau je. Murahhhhh dari yg kiwi oren tu.

TIPS JIMAT :-
- Beli dekatt MBG Fruit Shop
- Tengok offer dia. Selalunya bila dah start lembik, dia jual murah gila namateyy
- Normal price : RM10 dapat 3/4biji  (kalau dah gaji, boleh lah beli)
- SERONOK PRICE : RM10 dapat 10/12/14biji 
- Cara nak pilih time murah tu senang je. Engko beli pilih yang keras keras. Jangan beli lembikkk nanti lagi dua tiga hari kau nak makan yang balance tu dah lembik gila and rasa acidic!

Yang ni mmg hari hari aku bekal kan laki aku and aku sendiri makan.
Kalau dapat time murah tu, aku bagi la sorang satu/dua biji sehari buat bekal.
Sedap weiiiiiii

4) Lain lain
- Folic Acid
- Himalaya Shatavari
- Telur separuh masak (aku siap beli half boiled egg punya cooker kat shopee bawak opis)
- Doa Nabi Zakaria (rujuk link tekan sini )
- Doa dari makpak
- Doa dari diri sendiri
- Selawat/niat everytime nak makan ubat ke, jus ke, doa ke
- Jumpa Dr Hamid

Alhamdulillah,
Lepas urut and aku buat yang aku listkan kat atas ni, period aku dah stable.
Masa aku first time appoinment dekat Dr Hamid, aku dah 2 cycle period secara normal setelah beberapa tahun membazir pad.

ps. kalau ada sesape nak number Che Ta, nanti comment number/email dekat comment tau!

16 comments:

  1. Assalamulaikum awak..sy ira. Tahniah kerana berjaya mengandung. boleh saya dapatkan number telephone che ta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dapatlan email/no phone? sorry baru baca lepas pantang hehe

      Delete
  2. Assalamualaikum.boleh saya dapatdapat no che ta ?Ttc dah hampir 4tahun .Ni email saya ye suzilazis@gmail.com terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam.sy pun tgh ttc.boleh sy dpt no phone che ta?ni email sy,nazlina242@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Salam. Boleh saya dapatkan no phone che ta? Email saya edayu_iz@yahoo.com. Thank you in advanced

    ReplyDelete
  5. Salam, boleh saya dapatkan tukang urut che ta tu? Qamilla28@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Salam boleh saya dapatkan number tukang urut che ta? ni email saya nurliyanaarahmat@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Salam.. boleh tak nak dapat fon number che ta? Email saya hieda91@gmail.com

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum, boleh dapatkan nombor che ta? email saya syamzanasyaima@gmail.com

    tahniah dah dapat zuriat..doakan saya ye dapat zuriat bulan ini..Aamiin..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Alhamdulillah tahniah sis. boleh email saya no che ta? toptiptoptupperware@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Alhamdulillah tahniah sis. boleh email saya no che ta? miszlurve@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Great and that i have a swell give: What Do House Renovations Cost house repair quotation

    ReplyDelete

Pengalaman Bersalin di Hospital Serdang

Assalamualaikum, Al kisah dah 40 weeks pun baby takmo kua walaupun 36w dia dag engaged (dah parking) Dah berjalan sampai ke genting, hari...