Assalamualaikum,
Post kali ni maybe pendek je.
6/12/2017 8:30AM
So for second appointment/follow-up dekat Klinik Dr Hamid Arsyat ni, just nak discuss pasal result HSG yang aku buat dekat Daya X-RAY haritu.
Alhamdulillah okay semuanya.
Takde blocked tubes
Takde pape yang membimbangkan
Next step? Clomid!
Ubat clomid ni basically bantu tolo (baca:ovum) kita untuk matang and besar dengan jayanya, INSYAALLAH!
CARA NAK MAKAN :
Makan 3 biji clomid sekali sehari.
Start dari hari kedua period (CD2) sampai ke-lima (CD5)
JANGAN LUPA!
Period hari kedua (CD2), call Klinik Dr Hamid Arsyat untuk appointment TVS pulak untuk tengok kesan clomid tu matangkan telur or tak.
Biasanya appointment date tu jatuh CD14/15/16
Kalau tak matang, Doc akan naikkan dose.
Kita tengok pulak macam mana pergi dia!
Tapi aku harap sangat lah clomid dose rendah ni je dah berkesan. Aminnnn!
Check jugak untuk husband punya sperm count.
Dia kata duduk je dalam bilik tu. Takde tv ke ape.
Aku pun memang berharap takde tv ke cd ke. Rasa insecure weh HAHAHA
Alhamdulillah. Husband semua okay.
Doc pun explain A-Z tentang HSG, result dia, kebaikan dia, and keputusan husband.
Aku paham time tu. Sekarang nak explain, tak paham dah! hahahahhaha
TOTAL COST : RM80 (sperm count test) + RM45 (clomid) = RM125
Sebenarnya harini (19/12/2017), aku dah late period 6 hari selepas HSG.
Nasib aku dah google siap siap.
Memang mostly lambat period lepas HSG.
Ada 3 hari, ada 6 hari, ada 5 hari, 2 minggu pun ada.
DANNNNNNNNNNNNNNNNN, harini, CD1. hehehe
So esok, bermulalah Clomid!
Semoga dipermudahkan.
Kalaulah Allah dah tentukan rezeki untuk aku, rezeki aku lah tu kan?
NEXT APPOINTMENT
Klinik Dr Hamid Arshat
14/1/2018 (CD14)
8:00 AM
*Aku dah start selesa berdua sebenarnya. Tapi bila tengok kawan kawan semua perut dan 'kembung', jeles pulak hahahhaha
Tuesday, 19 December 2017
Wednesday, 6 December 2017
Daya Xray : HSG
Assalamulaikum!
Lama betul aku tangguhkan post ni kan? kaakaka
Busy + malas dia dah start dah.
Penyakit biasa bila dah start berblogging ni zzzz
Okay so as promised, meh kita terus straight to the point gittew
Kene ada referral letter.
Since aku dari Dr Hamid, jadi referral letter dia dari Klinik Dr Hamid
DEKAT MANA KLINIK DAYA X RAY NI?
Tengah tengah KL. Lepas treatment boleh terus pi SOGO shopping kasi sedapkan hati
Ground Floor,Menara DBKL 2,
Jalan Raja Laut,
50350, Kuala Lumpur
Klinik sangat senang carik sebab depan jalan.
Parking kat sebelah bangunan tu je. Walopon mahai ticket, kuredahi juaaaa
Jangan terlepas simpang! (macam aku), nasib engko lah nak patah balik pusing kemain weii
22/11/2017 8:30AM
Datang bagi referral letter (register) pastu pergi toilet dekat dalam bangunan DBKL.
Masuk ubat yang Klinik Dr Hamid bagi untuk masukkan kat dalam buntut.
Aku expect bende tu keras.
Rupanya lembik macam masukkan Tiger Balm versi mampat and tak pedih hahahha
Lepastu tunggu sampai dia panggil.
Alhamdulillah time tu tak ramai.
Ada lah dalam 3 4 orang.
Itu pun mostly patient Klinik Dr Hamid jugak.
Dorang citer pengalaman buat HSG dekat DAYA and dekat swasta lain
Ada sorang akak ni cite dia buat dekat swasta lain, sejam jugak baru settle!
Lama satu hal, sakit dia tak payah citer.
Ada dua orang yang pernah buat dekat DAYA ni,
katannya TAK SAKIT LANGSUNG.
So kengkawan, jangan percaya google.
Aku geletar dah seminggu jugak sebab percaya google kata sakit lah ape lah
Last last, ada testimoni live kata tak sakit.
Hembus napas lega la cerita dia!
Time kene panggil dalam pukul 9.15 AM
Laju kan?
Dia panggil and suruh kita tukar seluar, explain procedure ni untuk apa and cara procedure nanti
Very friendly staff and cepat wei!
Pehtu engko kangkang la atas 'katil' tu sementara dia prepare semua jenis besi kat kelangkang
Aku taktau ape dia. Macam rasa jadi kereta yang akan di service pulakkkk weh seriousss!
Then, dia scan dulu pakai xray dia.
Tengah xray, ttbe nampak bende pelik.
Aku nak nangis dah. Ketumbuhan apa pulak ada tuuuu
Ni pandangan X-RAY antara atas pusat dan peha ye bukan kuih cakoi
Akak nurse tu pun terus tutup xray and tanya 'ape bende kat sebelah pusat tu!'
Panik terussssss
Lepastu check bawah baju xray tu
Sekali...
Pin tudung....
Patut bentuk bunga ehehhehehehehe
Okay then Dr Mohan pun datang.
Dia explain lagi sekali untuk apa and cara procedure HSG ni
Bagus betul!
Okay sinsing lengan baju, meh kita start!
Dia masukkan mulut itik tu. Since dah biasa transvaginal scan, ingat tak sakit.
Sakit jugak la pergi dia
Tapi bukan sakit yang tak tahan
Ni sakit senak je, yang penting, misi kita : KANGKANG AND RELAX SISTUURRR
Dia masukkan tube, lepastu baru dia lepas kan mulut itik tu keluar
Terus lega. Tak rasa apa sangat
Aku ingat tube tu yang sakit. Koaja punya google!
Kemudian, dia masukkan dye (air) tu, tak rasa apa dah
So kita ikut je doc cakap. Dia suh senget kiri sikit ke kanan ke, ikut je sambil tgk dye tu jalan kat TV display xray tu hehehe
Aku punye
Beza Clear Tube (kiri) & Blocked (kanan)
Aku rasa dalam 10-15 minit je kot.
Kejap je procedure.Yang lama tu masa nak get ready barang je
So DONT WORRY DAN PERSETANKAN GOOGLEEE!
Habis je procedure, nurse akan bg pad, katanya incase if ada bleeding 2-3 hari.
Alhamdulillah takdo bleeding.
1. Normal uterine cavity
2. Bilateral para-adnexal adhesions
TOTAL COST : RM250 + free MC satu hari kakakaka
Oleh sebab Dr takde time tu, so aku tunggu 6/12/2017 untuk datang review result
Kalau tak, boleh terus pergi Klinik Dr Hamid untuk review tau!
Pergi sogo pekena boat noodle jap pastu balik
Tak rasa apa apa pun dah. So, dah set nak pi tido petang.
Balik umah, baring dari pukul 1 sampai 4, bangun nak pi tolong mertua masak,
TETIBA KENGKANG WEHHH
PERUT BLOATING KAWW KAWW!
Masa baring tu tak rasa pape pun.
Bila bangun je, Allahurabbii!
Aku ni pesen selalu jugak masuk angin, and pandai nak tarik angin tu keluar.
Cuba dari pukul 4 sampai 9 malam taklehhhh
Sakit macam masuk angin je. Takde la sakit mana
Tapi solat duduk jugak laaaa kakakaka
Tido kul 9, bangun esok, 100% perut okay!
Aku tak tau la pulak kesan HSG or aku pi makan boat noodle pedas merapu sangat je
Btw, jangan lupa makan and habiskan semua ubat yg klinik Dr Hamid provide tauu!
NEXT APPOINTMENT
Klinik Dr Hamid Arshat
6/12/2017
8:00 AM
*Engkorang perasan tak date aku post ni 6/12/2017 ? Ye, aku baru balik dari appointment dekat Klinik Dr Hamid. Ye, aku pemalas. HAHAHAHHA
Labels:
2017,
Clomid,
Daya Xray,
Dr Hamid,
Dr Hamid Arshat,
folic acid,
Hamid Arshat,
HSG,
Irregular period,
Kesuburan,
Klinik Dr Hamid,
malaysia,
masalah wanita,
PCOS,
perempuan,
petua,
Rahim,
ttc,
TTC Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pengalaman Bersalin di Hospital Serdang
Assalamualaikum, Al kisah dah 40 weeks pun baby takmo kua walaupun 36w dia dag engaged (dah parking) Dah berjalan sampai ke genting, hari...
-
Post yang ketiga hari ini. Siapa pernah cuba produk Himalaya Shatavari (untuk perempuan), Speman or Kapikachhu (untuk lelaki)? Harini ...
-
Assalamulaikum! Lama betul aku tangguhkan post ni kan? kaakaka Busy + malas dia dah start dah. Penyakit biasa bila dah start berblo...
-
Assalamualaikum, Al kisah dah 40 weeks pun baby takmo kua walaupun 36w dia dag engaged (dah parking) Dah berjalan sampai ke genting, hari...