Thursday, 25 October 2018

Pengalaman Bersalin di Hospital Serdang

Assalamualaikum,

Al kisah dah 40 weeks pun baby takmo kua walaupun 36w dia dag engaged (dah parking)
Dah berjalan sampai ke genting, hari hari pi mall, hari hari squat, hari hari cangkung.
Walaupun rasa sakit kadang2 kat bawah, tp still takmo kua hhahahha!

So lagi 3 hari due, ada checkup dekat KK.
KK scan and suspect 4kg!
so kene admit terus ke Hospital Serdang

Masatu dah pk, kene induce aku ni.
Kalau 4kg, mau czer pun boleh ni.

Isnin (8pm)
Daftar and bagi surat rujukan dari KK.
dalam pukul 10 jugaklah baru kene panggil.
Doc seluk laluan, dah 2cm! Tapi takda tanda. So, kene induce jugak huhuhuhu
Doc tu perempuan. Dia tengok perut, dia cakap, 'takkan lah 4kg. 3.5 pun tak sampai ni'
Almaklumlah perut iols kecit hehehe
Lepas scan, baby maybe 3.6-3.8kg. Terkejut jugak doc tu hahaha
So after discussed, decide nak induce esok pagi  (selasa pagi) sebab takda tanda/

Tapi malangnyaaaaaaaaaa, katil isnin tu sangat penuhhh so iols dan beberapa (ramai jugakk!) terpaksa duduk dekat ruang menunggu.
Ruang menunggu tu ada sofa je. so sesiapa yang dah 4cm semua tu tapi tak dapat katil, redo lah tahan sakit dekat situ :(
Dalam tu pun ada katil2 untuk check jantung baby and patient yang 'derita' sikit.
Bayangkan lah kau ni takde rasa pape, sekali tengok kat katil menunggu tu ada yang mengerang teruk sampai darah katil, tapi baru 2cm.
Ada yang pusing kiri kanan tahan sakit. Aku? masih tunggu tanda tanda and boleh bayang kan sakit dia macam mana huhuhu.
So malam tu aku tidur.

Selasa (4am)
Check jantung baby dekat katil. Patient yang katil berdarah tu masih bertarung nyawa.
Lepastu doc datang and bagitau yang katil takda.
So terpaksalah aku berkampung lagi sehari kat ruang menunggu tu
Kat situ jugaklah aku buat kawan. hehehe
Siap lantik 'AJK' dan senior junior lagi. kelakar betul!
Rindu pulak diorang
Kat situ pun aku rajin berjalan siap ajak lumba jalan itik lagi hehehe
tapi tak larat wehh so aku cangkung je bila free hehe

Tapi yang tak bestnya, bila tanya pengalaman masing2 pasal induce,
semua cakap
'habislaaa, mesti taknak pregnant dah'
'sakitttt sangat tau, get ready'
'uishh tak tau nak kata cemana sakit dia. sakit dari normal'
Aku pun redo....

Sister pun datang and bagitau mmg overload patient haritu.
Aku sendiri tak dapat tag and makanan sbb system penuh dah.
Malam tu, berderet2 orang bersalin. Ktrg pun dgr baby nangis sambung menyambung
bestnyaaaaaaaaaaa!

Selasa (11pm)
Alhamdulillah patient yang katil berdarah tadi dah bertolak ke LR.
ktrg pun dapat katil kosong. 8 orang semuanya.
Nak pilih katil pun tak dapat sbb :-
1) bukan gov so takde GL
2) limited.

Katil aku sangattt strategik!
Sebelah toilet, menghadap kaunter nurse.
Andd my lucky number 9!
Luas lagi dari Hospital Shah Alam. Selesa!
Dalam pukul 2 3 pagi, terasa mcm contraction. dalam dua kali.

Rabu (6.15am)
Aku tengah syok tidoq, kene kejut sbb doc nak check laluan
Masih 2cm. Aku ada bagitau doc yang ada sakit sikit mlm tadi tu tapi dah tak rasa. Aku nak elak induce sebenarnya hahaha tapi tak jadi.
Dia masukkan pil induce dekat bawah and suruh baring sejam
Aku pun baring sejam sampai nurse datang pukul 8.20 nak check jantung baby
Tengah check, ttbe aku rasa mcm terkencing tapi tak boleh stop.
Aku tahan pakai tangan, tak stop jugak
Aku bagitau nurse, nurse cakap ketumban pecah tu.
Alhamdulillah!

10am
Doc pakar datang buat rondaan.
Doc yang masukkan induce tu explain kat doc pakar tu pasal size baby.
Doc pakar tu doc lelaki then dia mintak izin nak pegang perut.
Before pegang, dia rasa doc dekat KK tu merepek sbb kata 4kg padehal perut kecik.
And dia tak percaya bila doc perempuan tadi scan kaa maybe 3.6-3.8kg.
Dic pakar pegang je, dia cakap
'oh okay, mampatnya baby awak ni. 3.6-3.8 or 3.9kg boleh ni'
ber-huhuhu lah kita

12.30 waktu melawat.
Laki aku datang je, doc pun datang suruh check laluan
Seluk, masih 2cm tapi dah nipis.
Aku bukak pad tadi pun dah ada darah mcm bebenang tu. sikit je
Pukul 2, contraction start.
Aku pakai apps untuk detect masa.
Masa ni mama dgn laki aku ada. Diorang lah tenang kan aku.
Aku suh drg balik sbb pengalaman yg patient lain cite tadi, sakitnya mau 1-2 hari.
Tapi takmau balik jugak. hihhii
Aku g melawat 'ajk' lain dalam sakit2 tu dengan harapan, cepatkan bukaan.
Dari pukul 2 tu terus setiap 3 minit sakit dia!
Aku g katil aku masa terasa sakit lama. diri and baringkan muka dekat tray makanan sambil joget bontot.
Nurse suruh baring bg legakan sakit.
Baring je, lagiii sakit!
Aku panggil nurse acacah ckp nak berak (untuk drg check laluan)
Rupanya dah 5cm!
Masani pukul 3.30pm mcmtu.
Terus g LR. Dalam LR, terus rasa bebetul nak teran mcm berak.
Hamikkk! nipu lagi! hahahaha
Doc check, dah 8cm! Terus pggl laki untuk masuk LR.
Saat2 aku teran sesikit, nampak laki aku masuk dengan gelabah dia.
Dia ingat dia dah lambat. Padehal bukaan tu yang cepat heehe

Nurse nasihatkan mengiring ke kiri, kaki kiri straight kan. Kaki kanan bengkok.
Teran sikit untuk legakan sakit.
Pehh time ni sedap betul rasa. Macam lepaskan berak hahahahaha
boleg rasa kepala baby tauu!
Pakai asap tu tapi tak jalan weiiii
Buat rasa ngantuk tapi sakit dia stil sama.
Nasib laki ada sebelah kejutkan bila aku tutup mata

4pm
Aku dah kata nak neran walaupun belum fully 10cm.
Dah start rasa sakit pinggang mcm orang lain ckp kan tu.
Sakit lagi dari contration!
Doc tu tolong bukak kan bukaan sbb aku dah start teran hihihihi.
Masani rasa macam contraction lama jugak bila doc bukakkan hehehe
Masani jugaklah laki aku mintak tambah lagi 4 orang anak. Saba je la -_-

Masa contraction, masatulah kene teran.
Aku salah teknik nafas. Cara angkat kepala pun salah.
Laki aku tolong angkatkan.
Everytime rasa give up, nurse and doc bagi aku kata2 semangat!
Oleh sebab baby besar, lepas nurse ajar nafas yg betul, drg tolong tolak perut nak keluarkan baby.
Masau nurse pun ckp perut mampat dengan baby je hehehe

4.30pm
Alhamdulillah lahirlah seorang kurniaan Tuhan seberat 3.66kg.
Letak je atas perut, the best feeling ever!
Warm and sedap peluk!
'hi assalamualaikum' ayat first dia dgr dari suara papa dia.
Keluar je dia celik mata pandang papa dia. Tak nangis lagi masatu.
Nurse angkat baru nangis so terpaksa bawak g oksigen untuk chck sbb lambat nangis/
'Tq sayang' sambil kiss dahi aku pun the best feeling jugak! muahhahaa!

Lepas menjahit luar (ada gunting) and dalam,
Nurse tu ada bgtau dalam byk luka kiri kanan sbb tissue too soft
Maybe sbb aku buat urut pakai VCO and minum VCO kot?
Memang memudahkan baby kuar tapi tissue jadi lembut pulakkk adehh
Doc pun ada tolong jahit siap mintak maaf sbb lambat.
Baikkk sgt!

Nak naik ward, dapat freegift pampers hehehe
Masani, bar start rasa sakit bontot.
Nak jalan susah, bangun and duduk lagi susah.
Nak angkat baby pun gigil.
Kuatkan semangat pk anak je masatu.
Nasib nurse baik tolong ajar bedung and ajar baringkan baby dekat katil so senang nak susukan.

Bangun je pagi, alhamdulillah baby dah berak.
Doc panggil nak seluk keluarkan darah beku.
Orang lepas2 aku semua kata sakit.
Turn aku, alhamdulillah. Darah beku dah takda.
Lepas bagi baby BCG, petang tu dapat keluar.
Ramai discharged serentak termasuk geng 'ajk' sekali hehehehe

KESIMPULAN :
Seluk : TAK SAKIT LANGSUNG. Relax and tarik nafas bila dia nak seluk.
Jahit : TAK RASA APA. sebab bius kot? tapi rasa sikit sikit macam ada benang tarik tapi tak sakit.
Induce : if pill, tak sakit and bagi aku sangat memudahkan. 4 jam je aku rasa sakit yang takde lah macam apa yang aku bayangkan and apa yang orang lain cakap. so, JANGAN DENGAR CAKAP ORANG. LAIN ORANG, LAIN RASA AND PENGALAMAN.
Contraction : sakit tapi boleh tahan lagi. yang tak tahan, sakit pinggang!
Baby keluar : tak rasa pun sakit bawah ke ape ke masa baby kuar. masa baby nak keluar pun kau tak rasa apa. yang kau rasa masatu, contraction and sakit pinggang je
Lepas bersalin : YA RABBI SAKIT WEII SAMPAI SEMINGGU SAKIT NAK JALAN NAK DUDUK NAK BARINGGGG
Nurse/Doctor Hospital Serdang : SUMPAH POLITE, BAIK, HELPFUL, AND BORAK DGN KITA MACAM KAWAN! 1314151 BINTANG AKU BAGI! THANK YOU! kecuali nurse dekat ruang menunggu tu. Garang tiba tiba and kuat membawang. Siap mengata patient lain depan aku lagi walaupun masatu mmg salah nurse tu salah bagi info. hmm

Pengalaman Bersalin di Hospital Serdang

Assalamualaikum, Al kisah dah 40 weeks pun baby takmo kua walaupun 36w dia dag engaged (dah parking) Dah berjalan sampai ke genting, hari...