Thursday, 18 January 2018

Alhamdulillah

16/1/2018

Jujur, dah rasa macam cycle kali ni susah nak lekat walaupun dengan bantuan clomid.
Sebab sangat stress dengan kerja sebab manage and setup bangunan baru
Belari dari branch lama ke branch baru
Dengan angkut CPU kehulur kehilir lagi
Siap ada akak opis tegur, jangan angkat sangat bende berat berat

Tetiba 16/1/2018 bersamaan hari selasa.
Dah pk, nak amik half day.
Sebab isnin tu busy sangat sampai kepala sakit
Rasa sakit dari pagi ke petang tu rasa macam ada orang tekan kepala kita
Lari g bangunan baru yang kosong utk relek jap
Still sakit sampai lah tido malam tu

Esok nya selasa tu, nak half day. tak sakit kepala tapi mood kelaut
Gi toilet before nak inform boss
Alang alang nak test lah walaupun belum due. hehehe
Sebenarnya,dah prepare nak check pagi tu before subuh
Tapi tak yakin. Risau frust hehehe


Ni amik masa dalam toilet dalam pukul 10-11 pagi


Masa naik lagi satu line tu, mmg macam, alahhh evap line ni
Pastu nak keluar, tgk lagi, ehh ngape naik merahhhhhh.
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!


Bagitau laki ite, dia taknak berharap selagi tak confirm.
Takut macam haritu.
Dia siap siap dah belikan clearblue digital hehehe
Dia mmg tukang beli sejak azali. 
Dulu malu malu. Dia teman je, kita beli.
Sekarang dia beli selamba je sorang sorang! hhahahah

Esoknya, 17/1/2018, bangun before siapkan bekal,
Laki ite pesan sambil bantal masih tutup muka "jangan lupa check duluu"




Dapat result, masuk bilik, bukak lampu yang malap.
Takyah kejut, kita masuk je bunyi pintu, dia terus bangun
"ada ke? ada ke?"

Dia tengok, terus eksited tanya itu ini!
Muka senyum je pandang aku.

Alhamdulillah. Doa mak ayah mertua dan sendiri, usaha dan tawakal.
Doa amalan harian lepas solat jemaah dari dulu sampai dapat zuriat :-




Doa Nabi Zakaria
Doa Nabi Zakaria
Robbi hablii miladunka dzuriyyatan thoyyibatan innaka samii’uddu’aa
Artinya:
“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa” (Ali-Imraan:38).


NEXT APPOINTMENT (hopefully last)
20/1/2017
9.30AM


*Aku doakan semua orang yang menunggu, dapat rezeki yang sama. Doakan aku jugak kandungan ni kuat sehingga lahir. Amin Ya Robbal A'lamin.



Tuesday, 9 January 2018

Dr Hamid Arshat : 3rd Appointment

Assalamualaikum

3/1/2018 8:00AM

Tunggu dari pukul 8 register. 9.30 baru panggil. Nama terlepas. Hmm
Okay kalau rujuk previous post, follow-up appointment ialah :-

APPOINTMENT (SEPATUTNYA)
Klinik Dr Hamid Arshat
14/12/2017 (CD14)
8:00 AM

Tapi oleh kerana period lambat datang 6 hari, so tangguhlah jawapnya hehe.
Masa lambat 6 hari tu, ingat menjadilah kan lepas HSG. 
Tapi takde rezeki :(

APPOINTMENT (DIUBAH)
Klinik Dr Hamid Arshat
3/1/2018 (CD16)

8:00 AM

Nasib tak mengharap sangat. Sebab sebagai pengguna tegar google, mmg luar and dalam negara ada pengalaman lepas HSG je, akan lambat 2 hari, 5 hari, 6 hari (paling common) dan 2 minggu pun ada (jarang).
So dont gelabah nenen okay girlsssssss
Ikut rezeki masing masing. 

Okay so appointment haritu buat TVS. 
Scan tolo mcm mana besar dia.




Kata doc : "Tolo belah kanan berjaya. belah kiri tak jadi tapi takpelah mmg patut antara dua ni akan ada salah satu keluar. untuk dua tiga harini, BERSAMA , BERSAMA, BERSAMA!" Sambil buat macamni :-

                                     


Masa pi amik ubat, ada tanya akak kat dalam tu.
Maksud ni tak ovulate lagi ke.
Pastu di kata, yang kanan ni dah pecah. yang kiri tak matang so tak pecah

So jawapan dia, antara dah ovulate/tengah ovulate.
Atee, barulee paheee!

Doc bagi 2 suggestion

If tak period : AKU PREGNANT LA KAN APE LAGI! (aminn) dan boleh datang utk pengesahan. Lagipun kalau pregnant (aminn), clomid boleh dipulangkan balik.
If period : makan clomid 4 biji (50mg x4 = 200mg) and try natural or lepas makan clomid tu boleh terus proceed IUI

                                                    
Surprising gila price untuk IUI between RM900-RM1K jee include sperm count/test, TVS, ubat, dll.
Dah tanya laki, dia kata "takpayah push sangat. Try natural je. Lagipun selesa kan berdua......"

Fine bang, fine.

Jadinya, kalau tak jadi, aku proceed clomid je lah.
Kalau tak jalan jugak. Aku nak ramping kan badan balik dari 53 jadi 48 boleh?
HAHAHAHAH SEKSAAAAAA WEEIIII

Aku sebenarnya ada receipt tu. Letak atas meja opis. HILANG PULAK!
Sini aku buat ringkasan je la eh

FISH OIL (tak amik sbb ada lagi)
PRENAVIL TABLET (keras, susah nak telan. pernah sekali tersangkut kat tekak. berkali kali jugak lah kekekke)
FOLIC ACID
CLOMID



TOTAL = RM195


*Kadang kadang pk. Aku ni nak anak sebab mulut orang ke sebab aku dah ready? Maybe aku sebenarnya tak ready sbb tu bukan rezeki aku lagi.


Pengalaman Bersalin di Hospital Serdang

Assalamualaikum, Al kisah dah 40 weeks pun baby takmo kua walaupun 36w dia dag engaged (dah parking) Dah berjalan sampai ke genting, hari...