3/1/2018 8:00AM
Tunggu dari pukul 8 register. 9.30 baru panggil. Nama terlepas. Hmm
Okay kalau rujuk previous post, follow-up appointment ialah :-
APPOINTMENT (SEPATUTNYA)
Klinik Dr Hamid Arshat
14/12/2017 (CD14)
8:00 AM
Tapi oleh kerana period lambat datang 6 hari, so tangguhlah jawapnya hehe.
Masa lambat 6 hari tu, ingat menjadilah kan lepas HSG.
Tapi takde rezeki :(
APPOINTMENT (DIUBAH)
Klinik Dr Hamid Arshat
3/1/2018 (CD16)
8:00 AM
Nasib tak mengharap sangat. Sebab sebagai pengguna tegar google, mmg luar and dalam negara ada pengalaman lepas HSG je, akan lambat 2 hari, 5 hari, 6 hari (paling common) dan 2 minggu pun ada (jarang).
So dont gelabah nenen okay girlsssssss
Ikut rezeki masing masing.
Okay so appointment haritu buat TVS.
Scan tolo mcm mana besar dia.
Kata doc : "Tolo belah kanan berjaya. belah kiri tak jadi tapi takpelah mmg patut antara dua ni akan ada salah satu keluar. untuk dua tiga harini, BERSAMA , BERSAMA, BERSAMA!" Sambil buat macamni :-
Masa pi amik ubat, ada tanya akak kat dalam tu.
Maksud ni tak ovulate lagi ke.
Pastu di kata, yang kanan ni dah pecah. yang kiri tak matang so tak pecah
So jawapan dia, antara dah ovulate/tengah ovulate.
Atee, barulee paheee!
Doc bagi 2 suggestion
If tak period : AKU PREGNANT LA KAN APE LAGI! (aminn) dan boleh datang utk pengesahan. Lagipun kalau pregnant (aminn), clomid boleh dipulangkan balik.
If period : makan clomid 4 biji (50mg x4 = 200mg) and try natural or lepas makan clomid tu boleh terus proceed IUI
Surprising gila price untuk IUI between RM900-RM1K jee include sperm count/test, TVS, ubat, dll.
Dah tanya laki, dia kata "takpayah push sangat. Try natural je. Lagipun selesa kan berdua......"
Fine bang, fine.
Jadinya, kalau tak jadi, aku proceed clomid je lah.
Kalau tak jalan jugak. Aku nak ramping kan badan balik dari 53 jadi 48 boleh?
HAHAHAHAH SEKSAAAAAA WEEIIII
Aku sebenarnya ada receipt tu. Letak atas meja opis. HILANG PULAK!
Sini aku buat ringkasan je la eh
FISH OIL (tak amik sbb ada lagi)
PRENAVIL TABLET (keras, susah nak telan. pernah sekali tersangkut kat tekak. berkali kali jugak lah kekekke)
FOLIC ACID
CLOMID
TOTAL = RM195
*Kadang kadang pk. Aku ni nak anak sebab mulut orang ke sebab aku dah ready? Maybe aku sebenarnya tak ready sbb tu bukan rezeki aku lagi.
salam...saya baru lepas HSG awal bulan january haritu. this coming monday kena pergi untuk amik darah hormon second time pulak. kawan saya, lepas HSG haritu, terus preggy. haha. rezki dia. Alhamdulillah. -nn-
ReplyDeleteSalam, Boleh tau. awak dgn kawan awak ada detect pape ke eh before proceed HSG? Alhamdulillahhh bestnyaaaa!! cepat rezeki dia! lepasni rezeki awak & saya pulak eh! hehehe BABY DUST DEARR!
DeleteSalam. Aminnnn ya Rabb.
DeleteKami xde detect apa2. Mmg procedure, kena gi buat xray HSG untuk tau condition uterus and fallopian kita ok ke tak. Esok, saya n hubby akan jumpa doc. Dia akan terangkan conclusion condition kami from all the tests. Usaha, Doa, Tawakal. =)
-nn-